Wednesday, November 25, 2009

Masjidil Aqsa


Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad)

Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami…” (Q.17:1).

Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai istilah “aqsa”. Sebahagian berpendapat bahawa masjid ini disebut Aqsa (Jauh) kerana memang jauh dari Masjidil Haram di Mekah. Menurut pendapat lain, masjid ini disebut Aqsa kerana ia merupakan tempat yang bebas daripada segala jenis kotoran, tempat turunnya malaikat serta wahyu, dan kiblat para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa Masjidil Aqsa bukan di Baitulmaqdis tetapi di Sidratulmuntaha. Alasan ini didasarkan pada fakta bahawa Haykal Sulaiman sudah dihancurkan pada tahun 70 SM oleh Kaisar Titus dari Rom.

Masjidil Aqsa berada dalam sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (rumah, tempat suci atau yang disucikan). Baitulmaqdis adalah sebutan bagi Jerusalem yang juga disebut al-Quds. Masjidil Aqsa didirikan di atas tanah bekas Haykal Sulaiman. Di dalam kompleks itu, Masjidil Aqsa terletak di selatan Kubah as-Sakhrah yang juga dikenali dengan nama Masjid Umar atau The Dome of the Rock. Masjid itu didirikan seperti di atas sakhrah (batu hitam yang menjadi landasan mikraj Nabi s.a.w) oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 72 H/691 M.

Nabi Sulaiman a.s membangun tempat ibadah Yahudi (kenisah) di Jerusalem yang disebut Haykal Sulaiman. Bangunan yang terletak di Haram asy-Syarif itu lalu dihancurkan oleh Kaisar Titus pada tahun 70 SM. Khalifah Umar membina sebuah masjid (Masjidil Aqsa) di bekas lokasi Haykal Sulaiman itu. Kubah masjid itu berwarna perak. Masjidil Aqsa telah diperbaiki beberapa kali, namun bentuknya tetap tidak berubah.

Ketika menerima penyerahan Jerusalem (dahulu bernama Aelia) daripada penguasa Nasrani, Umar al-Khattab mendapati tompokan sampah di atas sakhrah. Beliau dan kaum Muslim membersihkan tempat itu. Lalu beliau berkata kepada Ka’b bin Ahbar (seorang Yahudi yang memeluk Islam), ”Menurut pendapat kamumu, di mana saya dapat mendirikan sembahyang untuk kaum Muslim?” Dia (Ka’b) menjawab, ”Dirikanlah di belakang(sebelah utara) sakhrah.” Umar pun membalas, ”Hai kau anak perempuan Yahudi, kau masih terpengaruh dengan kefahaman Yahudi! Sebaliknya, saya akan mendirikan masjid tempat di pusat lokasi Haykal Sulaiman kerana kami menguasai seluruh pusat kenisah itu.” Lalu, sebuah Masjid dibina di sebelah selatan sakhrah seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Masjid itulah yang dinamakan Masjidil Aqsa.

Wednesday, November 18, 2009

Sistem Kapitalis telah Gagal.


Kegagalan sistem buatan manusia iaitu sistem kapitalis telah menampakkan kerosakan dan kegagalannya. Sembilan buah bank yang telah diisytiharkan muflis oleh kerajaan Amerika Syarikat pada hari Jumaat yang lalu merupakan jumlah tertinggi dalam masa sehari sejak krisis ekonomi global bermula. Sebanyak 115 bank di Amerika Syarikat telah muflis dalam tahun 2009. Ini merupakan jumlah tertinggi sejak 1992. Dua puluh lima buah bank telah gagal pada tahun lalu berbanding hanya tiga buah bank yang gagal pada tahun 2007.
Bank Kebangsaan California yang berpusat di Los Angeles merupakan salah satu daripada sembilan bank yang diisytiharkan muflis dan ini adalah kegagalan bank AS yang keempat terbesar tahun ini.

Pada hari Jumaat yang lalu, US Bancorp memperoleh sembilan buah bank yang telah diserahkan oleh FBOP Corp serta menyita USD 15.4 juta daripada deposit dan USD 8.4 juta aset.

“Kami sedang bersiap sedia untuk mengubah segala sesuatu terhadap Bank AS,” kata Roberta Valdez, seorang jurucakap bagi Federal Deposit Insurance Corp. Beliau menambah, “Mereka akan terus beroperasi seperti biasa buat sementara,” merujuk kepada pemberian pinjaman yang diperoleh daripada FBOP.

Selain Bank Kebangsaan California, bank-bank lain yang disita adalah Bank USA, NA di Phoenix, Bank Kebangsaan San Diego, Bank Kebangsaan Pacific di San Fransisco, Bank Taman Kebangsaan di Chicago, Bank Komuniti Lemont di Illinois, Bank Houston Utara, Bank Negara Madisonville, dan Bank Nasional Citizens di Teague di mana semuanya berada di Texas.

Bank-bank ini telah hancur kerana kegagalan dalam pinjaman perumahan. Bank-bank yang telah member pinjaman kepada syarikat-syarikat dijangka menghadapi kerugian . Projek-projek pembangunan juga gagal dan perlahan-lahan gulung tikar.

Menurut senarai bank bermasalah FDIC, jumlah bank pada senarai melonjak naik sehingga 416 bank pada akhir Jun berbanding sebanyak 305 bank dalam suku pertama, yang merupakan peningkatan tertinggi sejak Jun 1994. Sekitar 13 peratus dari bank-bank yang didaftarkan tersebut akhirnya gulung tikar.

Sementara itu, Bank UKM terbesar di AS, CIT Group, akhirnya menyenaraikan perlindungan muflis pada minggu ini. Bank tersebut yang telah menerima dana bantuan daripada pemerintah AS sebanyak USD 2.33 juta itu kini menjadi salah satu bank muflis yang terbesar di AS.

20 Bank Muflis Terbesar

CIT didirikan pada tahun 1908 dan mencatatkan sejarah sebagai salah satu bank untuk segmen UKM yang terbesar di AS. Seiring dengan berlakunya krisis, CIT Group juga tidak terlepas daripada kerugian. Bank yang sudah berusia 101 tahun itu melaporkan jumlah aset sebanyak USD 71 juta dengan liabiliti USD 65 juta, kini tersenarai sebagai salah satu rekod muflis terbesar.

Berikut adalah senarai 20 bank muflis terbesar di AS beserta nilai asetnya sejak tahun 1980 yang dipetik daripada AFP pada hari Isnin lalu:

1. Lehman Brother (bank), 15 September 2008, USD 691 juta.
2. Washington Mutual (bank), 26 September 2008, USD 327.9 juta.
3. WorldCom (telekomunikasi), 21 Julai 2008, USD 103.9 juta.
4. General Motors (automotif), 1 Jun 2009, USD 91 juta.
5. CIT (bank ), 1 November 2009, USD 71 juta.
6. Enron (perdagangan & tenaga), 2 Disember 2001, USD 65.5 juta.
7. Conseco (insuran), 17 December 2002, USD 61.4 juta.
8. Chrysler (automotif), 30 April 2009, USD 39.3 juta.
9. Pacific Gas and Elctric (peralatan), 6 April 2001, USD 36.1 juta
10. Texaco (minyak), 21 April 1987, USD 34.9 juta.
11. Financial Corporation of America (bank), 9 September 1988, USD 33.8 juta.
12. Refco (perdagangan), 17 Oktober 2005, USD 33.3 juta.
13. Indymac (bank), 31 Julai 2008, USD 32.7 juta.
14. Global Crossing (telekomunikasi), 28 Januari 2002, USD 30.1 juta.
15. Bank of New England (bank), 7 Januari 1991, USD 29.7 juta.
16. Lyondell (kimia), 6 Januari 2009, USD 27.4 juta.
17. Calpone (tenaga eletrik), 20 Disember 2005, USD 27.2 juta.
18. New Century Financial Corporatuon (perdagangan), 2 April 2007, USD 26.1 juta.
19. United Airlines (penerbangan), 9 Disember 2002, USD 25.2 juta.
20. Colonial Bank (bank), 14 Ogos 2009, USD 25 juta.

Jika kapitalis telah gagal, masihkah kita berharap kepadanya? Demikianlah, telah nyata bahawa sistem kapitalis sudah gagal. Kini Amerika mulai muflis, dan kini sedang menanti negara kuasa besar baru yang akan menggantikannya. Itulah Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan jalan kenabian yang akan menerapkan sistem penyelesai krisis yang telah terbukti kejayaannya selama berabad-abad. Insya Allah ia telah hampir dan tidak akan lama lagi.